| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan? Siapa Afiq?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
26/11/2014 
Imsak
Subuh
Syuruk
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak

Perak FA 2014





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Isnin 10 Mei 2010
Jam 23:44:03 MYT GMT+8 Hari Pertama: ShenZhen, China
Kategori: Luar Negara


Alhamdulillah.. Selamat Tiba di ShenZhen China.. sekarang menginap di Ritz-Carlton Hotel di ShenZhen China..

Luckily.. Internet di hotel ni complimentary.. dapat le akses free.. tapi tak bestnya di China ni Kerajaan dia tak benarkan akses FB... boleh update FB melalui SMS je la... kepada yg mesej kat FB tu maaf la.. tak dapat balas buat masa ni... try juga masuk melalui proxy/tunnel.. dapat masuk.. tapi captcha word tak keluar²...

Dari KLIA dengan MH72 9.15 pagi. 6 orang semuanya.. dengan bos, 2 dari SKMM dan 2 dari TM..

Landing kat Hong Kong lewat.. hujan.. landing dalam 1.20 petang.. (Ikut sechedule 1.00 pm). Sampai airport pun dengan 1 jam di Imegresen...

Staf Huawei jemput di HK Int. Airport.. naik 2 buah Toyota Alphard menuju ke ShenZhen, China... dekat imegresen nak masuk China pun lama juga sangkut..



Sampai hotel 4.00 pm. Lepas solat jamak zuhur+asar dalam 4.30 kami dibawa menonton China Folk Culture di Impressions Theater... lepas tu tak kemana.. cuaca hujan lebat hari ni..



Kami terus dibawa dinner di Muslim Restaurant.. dapatla kambing golek sekor...

Esok baru start lawatan kerja.. esok akan ke Huawei...








Isnin 10 Mei 2010


Di MAS Lounge KLIA... Baru Check-in MH 72 - KL - Hong Kong...



Akan terus ke Shenzhen China...



Doakan selamat dan dipermudahkan-NYA sepanjang musafir ini....



Sabtu 08 Mei 2010


Kali pertama dan terakhir berbunga orkid ni Mei, 3 tahun lepas... masa Naqia baru lahir.. masa tu di rumah Desa Pinggiran Putra dan berbunga 2 kuntum.

Setelah orkid berpindah rumah untuk kali ke-3.. bermacam² jenis baja dicurahkan.. Alhamdulillah... akhirnya berbunga semula.. tapi cuma sekuntum je kali ni...



kat rumah sekarang ni tak tau la.. tanam bunga susah betul nak berbunga... tak da pendebungaan yg baik kot.. tak pon yang tanam tu bukan "bunga".. heheheh...



Biasanya bunga dia ni tahan dekat 2 minggu... lepas tu tak tau le berapa tahun lagi nak tunggu..

Ada 1 lagi yang belum pernah berbunga langsung... beli masa Floria di Putrajaya juga 3 tahun yg lepas kalau tak silap.....




Rabu 03 Mac 2010
Jam 21:37:11 MYT GMT+8 Check-up Naqib di IJN 2010...
Kategori: Jantung,IJN,Naqib,Follow-Up


Hari ini aku ambik cuti.. hari appointment anak aku Naqib di IJN selepas setahun lebih.. last checkup Januari tahun lepas.

Pukul 9.15 bertolak dari rumah dan Sampai IJN lebih kurang pukul 10. Bawak kereta dengan kelajuan biasa ikut had laju ingat sampai di IJN lewat. Tengok jalan clear hari ni.. trafik light pun seakan bagi penghormatan kat aku yang sentiasa hijau bila aku nak lalu.. Lepas Keluar MEX di jalan Tun Razak pun clear... Appointment 11.35 pagi..

Lepas parking nak pergi ke tempat selalu buat check-up, dah tak ada. Dah banyak berubah IJN berbanding tahun lepas sejak bangunan baru IJN siap & digunapakai.



Rupanya Klinik Paediatrik dekat dengan parking kereta je. Penat je jalan jauh-jauh.



Dapat no queue 9055 dan tunggu di bilik 907. Tengok no queue masih 9051. Tapi dekat 10.30 nombor tak berubah-ubah. Mungkin lambat lagi, sebab ikutkan appointment 11.35 aku dengan Naqib pun pergi kafetaria untuk sarapan pagi. Jauh betul kafe sekarang. Di hujung bangunan baru.



Lepas makan balik ke paediatrik. Tengah tunggu tu, dapat call dari IJN.. rupanya Naqib dah dipanggil banyak kali sebelum ni. Jam baru 10.57 pagi..

Masuk bilik doktor.. Dr. Chan Tee Ling.. rasanya Dr. ni kali pertama check Naqib. Dr. ambik Echo.. lama juga Dr. ni ambik berbanding check-up sebelum ni.



Lepas habis buat echo, Dr. suruh Naqib buat ECG.. lepas buat ECG ambil blood pressure dan  balik semula jumpa Dr.



ECG Naqib lebih kurang sebelum ini juga. Normal.. Blood preasure pun normal 112/57 & pulse 78.. Namun doktor cakap bengkak pada injap sambungan yang dioperate dulu macam makin membesar.. Gambar dibawah lakaran Dr. masa terangkan keadaan Naqib.. tapi tak tau macam mana nak aku nak cerita kat sini.. nanti cerita org lain tak paham pulak atau aku sendiri yang confius..hahah



Mula2 Dr. suruh ambil semula ubat Enapril untuk 3 bulan, macam yang pernah disuruh tahun 2008.. tapi setelah Dr. tengok ECG Naqib normal dan bincang dengan Dr. Hasri yang pernah check dan suruh Naqib ambil ubat tu sebelum ni, dia kata tak perlu ambil ubat.. tapi datang checkup lagi selepas 3 bulan..

Dr. Nasihatkan agar Naqib tak dilibatkan dengan aktiviti yang berat dan sukan yang lasak seperti bola sepak supaya jantung tak banyak bekerja. Tahun depan Naqib darjah 1. Sekarang KPM dah wajibkan murid sekurangnya terlibat 1 sukan.. sukan apa ya yang tak lasak...

Dr ()Chan kata, kalau bengkak/bocor pada sambungan injap tu semakin membesar, mungkin ia akan memerlukan menjalani pembedahan sekali lagi.. tapi dalam tempoh yang lama lah..

Dapatkan tarikh appointment kat kaunter pendaftaran. Perlu datang semula 2 September 2010, seminggu sebelum Aidilfitri.








Isnin 01 Februari 2010
Jam 09:57:42 MYT GMT+8 Awalnya Aku Dapat Menantu...??


Hari ni cuti Hari Wilayah.. seorang diri kat rumah... Wife Sekolah.. Naqib ke tadika.. dan Naqia & Aqlan di rumah Kak Ida..

Cadang nak hantar moto yang dah lama tersadai kat rumah ni ke workshop.. 3-4 bulan juga la tersadai.. plug patah.. nak tolak pi workshop jauh juga.. tengok cuaca kat luar pun masyaALLAH ().. panasnya.. baru pukul 9 lebih... pening kepala dari semalam pun belum lega lagi...

Cuti hujung minggu ni aku dapat menantu...

Ehh?? Anak ko yg sulung kan baru nak masuk 6 tahun?? awalnya dapat menantu..

Hheheh... menantu saudara laa.. anak saudara ke-2 aku (daripada 40 anak saudara yang aku ada - 36 dari adik beradik aku dan 4 dari adik beradik Noraini) nikah hari sabtu lepas..



Mohd. Hassan Al Asyaari Bin Ismail anak sulung adik beradik aku yang ke-3 (Ismail Haji Zailani) selamat diijab kabulkan dengan isterinya Aizatul Munirah Mohd Mohsin di Masjid At Taqwa, Banting Selangor tepat jam 2.40 petang..



Munirah jadi cucu menantu pertama ayahanda aku dan menjadi ahli yang ke-63 keluarga Haji Zailani (http://hjzailani.net)

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Hassan & Munirah.. Moga Bahagia Hingga Ke Syurga.....




Lain-lain link berkaitan:

HjZailani.NET = http://www.hjzailani.net
Galeri Gambar = http://zaitun.net





Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


PrayForMH370


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Afiq®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2014
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net - www.afiq.org