|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Naqiuddin baru masuk ke bilik pembedahan jam 8 pagi. Dijangka akan ambil masa 5 jam jika arterial switch operation boleh dilakukan & jika tidak ambil masa kira-kira 2 jam. Moga berjaya. Berilah kemudahan urusan ini YA ALLAH ( ). aminn .
Pakaian Naqiuddin untuk operation dah diterima. nurse ( ) baru datang dan suruh start puasa jam 4 pagi. Dr ( )bius pun dah check pukul 8:45 tadi. InsyaALLAH ( ) operation akan start jam 7.30 pagi esok.
Sebentar tadi, nurse ( ) datang check Naqiuddin kat wad. Dia inform mungkin operation akan dijalankan esok. Tapi tak tau specific time :-?. Tapi Dr ( )kata kalau jadi Naqiuddin adalah patient pertama untuk operation 3 Disember. Masa pertama biasa dalam 7-10 pagi. Kalau dapat arahan suruh Naqiuddin puasa, dah dekat le masa nak operation tu.
Hari ni dah masuk hari ke-4 Naqiuddin masuk Wad di IJN, sure ibu dia dah bosan sangat kat wad. Sampai hari ni tarikh operation tak decide lagi.
Semalam baru Pakar bedah Dr ( )Hamdan Leman datang check. Dia cuma bagitau, kes macam Naqiuddin ni kalau tak buat operation sampai lebih setahun boleh bawa maut. Nauzubillah.
Keadaan jantung Naqiuddin lemah (atas border line), so kalau buat operation pun kalau still lemah tak boleh nak buat switch operation. So kena letak dulu something kat jantung dia dan jahit semula untuk bagi jantung kuat. Kalau jantung dah kuat, baru buat operation lagi untuk switch arterial.
Pagi ni Dr ( )check. Dia bagi tau jantung lemah dan nak buat pemeriksaan paru-paru naqiuddin. Dr ( )tu kata dah lewat, sepatutnya buat operation dalam masa sebulan selepas lahir sebelum paru-paru kena apa-apa jangkitan. Dr ( )Balqis masa HUKM dulu pun cakap macam tu. Tapi dari umur Naqiuddin 7 hari lagi dah bawak dia ke IJN. Tak pulak buat operation sebab berat badan tak cukup.
Umur dia 21 hari bawak lagi ke IJN, masa tu berat badan dia dah cukup 3 kilo. Tapi tak juga buat operation dengan alasan Q penuh dan perlu datang lagi selepas sebulan (26 Nov lepas). Bila datang 26 hb tu barulah diarahkan masuk wad 28 Nov lepas. Tapi sampai hari ni dah 1 Dis, tak ada lagi kata putus bila nak jalankan operation.
Semoga ALLAH ( ) memudahkan segala urusan ini. Aku bersyukur atas ujian-MU ini Ya ALLAH ( ). Apunilah segala dosa-dosaku dan keluargaku. Amin ( )nnn .
Naqiuddin checkin ke wad 12A, Tanjung (pediatrik) aras 2, Institut Jantung Negara (IJN) 12 t/hari ini. Esok baru pakar bedah check dan tentukan tarikh operation. Terima kasih emak, bapak, keluarga kakak, keluarga kang ajib, keluarga kang il dan sidik yg mengiringi pendaftaran masuk.
Terima Kasih juga Kak Uyun, Hasan & Husna yang hantar sampai masuk wad. Juga tak lupa kepada adik-beradik yang men kan dari jauh.
Kang Ram, thank sebab sudi call dari London malam tadi. Maaf, Handset tertinggal dalam kereta, so tak dapat jawab.
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|