|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Hari ni kelas sesi pagi je. Oleh Puan Lio Yong yang "conduct country report" hari ke-3 lepas..
Tengahari masih makan tengahari di Kafe Muslim di Universiti..

Lepas hantar borang kami dibawa ke Pusat Pentadbiran & Fakulti Pendidikan BUTP... di area lain.. Naik bas awam tambang RMB 1. Bas No 88 dari hentian Beitaipingqio Xi ke Hentian Xioxitian..
Selepas melawat beberapa department kami bermain Ping Pong di dewan BUTP ni...


Kemudian aku dengan 5 yang lain (Pakistan, Nepal, Bhutan, Thailand & Vietnam) naik subway/LRT Line No 2 dari Guloudajie ke Stesen Fuchengmen. Jalan2 tengok kedai2 kat sana. Window Shopping... AKu tak pasti nama tempat tu.. semua bangunan tulis tulisan cina..

LRT kat sini sangat murah tambang dia..RMB/Yuan 2 lebih kurang 95 sen kemana-mana stesyen.. ke mana-mana line per entry.... Ada 8 Line kat sini... 1,2,4,5,8,19,13 & Airport. Kalau kat KL tambang dia 70sen hingga RM 2.80... Malah di Beijing Sistem dia lebih baik dari KL... Mungkin LRT di Malaysia boleh contohi Subway kat sini untuk tambah baik perkhidmatan...

Pukul 8.30 malam kami balik ke hotel Naik Subway ke stesen Xizhimen kemudian ke line 13 ke stesen Dazhongsi + Bas...
Hari Isnin. Sesi Kursus bermula lagi.
Hari ni sesi pag i dan petang oleh Encil Liao Dongsheng. Pagi '3G & its LTE" & petang "Key Technology of Next Generation Mobile Network: MIMO & OFDMA")

Lunch di restoran muslim biasa di BUPT dan malam dinner roti & daging kari segera aku & kebab segera Kamran...
Hari ni tak berjalan ke mana.. penat.. so banyak berehat...

Hari ni hari minggu, Off Day.
Cuaca hari ni cerah dan panas lebih kurang 30 darjah celcius. Macam di Malaysia.
Pukul 10 kami bertujuh (kecuali Sri Lanka & Papua NG) dengan Li Jie (student BUPT) naik teksi ke tengah-tengah bandar Beijing.
IMPERIAL PALACE / FORBIDDEN CITY

Kami ke The Imperial Palace atau lebih popular dikenali sebagai Forbidden City (Kota larangan) atau 紫禁城 atau Zǐjìn Chéng telah dibina dalam tahun 1406-1420. Sejarahnya dulu merupakan kota dan Istana bagi Kerajaan Dinasti Ming & Qing. Nak tau cerita lanjut tempat ni buleh cari kat Internet.. hehe 
Kemudian kami bertujuh melawat kawasan ini. Li Jie balik setelah belikan tiket untuk kami.



Luas sungguh tempat dia, keluasan lebih kurang 720,000 meter persegi dengan 980 bangunan kayu yang diukir dengan ukiran halus China.. dan kawasan lapang diantara satu dewan besar.
Tak jalan sampai habis, kaki kami semua dah penat. Berjalan di Great Wall semalam pun tak hilang lagi.
SILK MARKET
Lepas tu kami nak teksi ke Silk Street Market atau Xiu Shui. Hari ni hari minggu, jadi ramai orang terutamanya foreigner shopping kat sini. Market ni majoritinya tahu cakap Inggeris. Jadi senang nak berurusan jual beli. Malah ada yang tahu cakap melayu pun. Sebab ramai juga orang Malaysia shopping kat sini terutama beli Sutera China. Kalau di tempat lain jenuh la guna bahasa isyarat. Kat Kaunter hotel pun guna bahasa Isyarat. Nak mintak iron pun terpaksa lukis.

Di silk market ni pelbagai jenis barangan made in China kat sini. Cuma kalau nak shopping kat sini kena tahu strategi dia.
Pertama jangan terkejut dengan harga yang diorang akan letak. Mungkin sampai 8-10 kali ganda harga asal. Contohnya harga jaket dalam 200 Yuan (+-RM95) diorang offer dengan harga 1200 Yuan (RM570).
Senyum je dan kita perlu tawar harga dengan letak harga paling minimum dengan agak2 berapa sepatutnya harga dia. Diorang akan offer rendah sikit. Kita tetap dengan tawaran harga kita. Kalau diorang tak nak bagi tinggalkan je kedai tu, diorang akan panggil balik untuk offer lagi rendah. Sampailah sama-sama setuju dengan harga.
Kalau kita tak setuju juga dengan harga tu tinggalkan je.. kalau diorang dah tak panggil, maknanya itulah harga yang sepatutnya kita beli..

Nama Malaysia Sebagai Salah Satu Brand Sutera China

Diorang mungkin akan nampak marah, macam campak barang lah.. tapi jangan takut.. diorang berlakun je semua tu..
Di Silk Market ni kami dah berpecah-pecah. Sebab masing2 lain tujuan barang untuk dibeli. 7.30 malam, aku, Kamran (Pakistan) & Dendup (Bhutan) balik bertiga naik teksi ke Hotel dalam 20 minit (37 Remibi Yuan +- RM 18).
Bibir dan muka aku bertambah kering & sakit hari ni. Terpaksalah beli "Lipstick" ni... & Guna Minyak Rambut Kelapa Dara Bioasli aku ni untuk sapu kat muka...

Pagi berkumpul di lobi hotel jam 8 pagi. 8 peserta kecuali PNG yang sakit kaki & 2 orang student BUPT bawa sesi lawatan hari ni. 8.30 bertolak dari hotel naik van 14 seat.. Menuju ke Badaling, Yanqing Country tempat letaknya salah satu 7 keajaiban baru dunia ..
Lebih kurang 10.40 sampai di kawasan parking untuk ke Great Wall/Tembok Besar, China. Dari tempat parking naik bas lebih kurang 5 minit untuk ke Great Wall.. Dari tempat turun bas berjalan lagi untuk ke pintu masuk dalam 5 minit..

7 keajaiban baru dunia
Ramai orang hari ni kat GW. Mungkin sebab hujung minggu. Mula mendaki GW jam 11.45 pagi.



Dengan Mr. Rubesh dari Nepal.

Bersama Mr. Anataphon (Thai) & Student BUPT Mr. Li Jie



Sampai ke puncak menara ke-8(utara) jam 1.25. Menara ke-8 ni adalah tempat tertinggi di Beijing ni. Letih rasa kaki ni.. tapi tak berpeluh walau panas terik, sebab berangin dan suhu pun sejuk dalam 20 darjah.. sebab tu boleh pakai jaket lagi.. tapi bibir dan muka aku dah rasa kering sangat..

Berjaya ke Puncak!!


Dengan ramainya manusia, berjalan jauh dan nak turun balik ni, terdetik lak kat hati, kan alangkah bagusnya kalau ni Sa'i dari Safa Ke Marwah....
Dah penat & puas ambil gambar kat atas, kami turun secara pantas...

4.30 bertolak balik dari Badaling.. 5.45 sampai di "Bird Nest" atau Stadium Sarang Burung, Stadium Sukan Olimpik Beijing 2008. Van terus hantar Peserta Sri Langka balik hotel, sebab dia dah tak larat. 7 yang lain ditinggalkan kat sini. Lepas puas ambil gambar sekitar Stadium & "Water Cube" (Stadium renang), kami balik ke hotel naik teksi.






Lepas mandi makan malam di bilik Kamran. Dengan kebab segera dia bawak dari Pakistan & Mee Segera dari Malaysia 
Hari ni breakfast di restoran hotel dengan Kamran. Cuma ambik telur rebus, tembikai & teh.

Pergi ke BUPT kali ni dah tak ditemani siapa-siapa dari BUPT. Pandai-pandai sendiri lah. Cuaca agak sejuk berbanding semalam. Dalam 13-16 darjah celsius.
Sesi pagi Puan Li Hui - "Key Technology of Optical Access Network".

Lunch di restoran semalam.
Petang Country Report. Masing-masing kena present status negara masing2... Umum & Industri Komunikasi. Di atur oleh Puan Lio Yong dan Tong Li Li.

Petang aku, Kamran, Dendup (Bhutan), Kankanamalage (Sri Lanka) & Rubesh (Nepal) pusing2 bandar Beijing ikut kaki. Sebelum balik hotel kami berpecah untuk makan malam. Aku dengan Kamran tuju Restoran Halal Turkey dekat dengan Masjid Madian, yang lain pergi McD..


|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|