| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Isnin 20/05/2013 
Imsak 05:30
Subuh 05:40
Syuruk 07:01
Zuhur 13:13
Asar 16:36
Maghrib 19:20
Isyak 20:34

Perak FA 2013





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Rabu 15 Disember 2004
Jam 22:27:58 MYT GMT+8 PICU - Hari ke-13
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Sepanjang petang semalam hingga petang tadi, suhu tertinggi hanya 37.3 C iaitu jam 10 malam semalam. Jadi Naqiuddin dah tak demam ().

Cuma jam 11 pagi tadi agak kecoh sikit. Degupan jantung (Heart Rate) Naqiuddin menjunam turun sampai 40 degupan per minit. Berkerumun semua nurse () dalam PICU tu ke Naqiuddin. Degupan jantung bagi manusia dewasa normal kalau tak silap 70-80 per minit. Dan bagi baby biasanya lebih 100 dan tak boleh lebih dari 215.

Sebelum abah dan ibu tinggalkan dia tadi keadaan dah OK (). Heart Rate below 150, Oksigen 80% dengan 65% bantuan mesin dan suhu 36.2 C.

Terima kasih Kak Ina (ITP-UTM) dan rakan? yang datang melawat untuk kali kedua hari ini.



Selasa 14 Disember 2004
Jam 19:29:29 MYT GMT+8 Lawatan Petang Hari ke-12 Di PICU
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Keadaan terbaik Naqiuddin hari ni jam 12 tengahari tadi. Masa tu tak demam () suhu pun 36.2 C, Heart Rate pun rendah 119 per minit dan Oksigen 90 % dengan bantuan 75% mesin.

Tapi masa abahnya datang petang, suhu dah naik balik 37 C, Heart Rate naik 155-160 dan Oksigen sekitar 75-82% dengan 85% bantuan mesin.

Hari ni abah sempat ambil 2 gambar Naqiuddin guna handset (kat atas). Itu pun curi? ambik. Takut nurse () marah. Tu yang angle pun tak berapa elok.



Selasa 14 Disember 2004
Jam 10:53:39 MYT GMT+8 Hari Ke 12 di PICU
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Ibu Naqiuddin baru lepas melawat.

Naqiuddin demam () malam semalam. Tapi siang dah OK (). Dah jenis demam () malam pulak.

Degupan jantung (Heart Rate) pun dah turun sedikit berbanding semalam (145-155). Oksigen 80% keatas dengan bantuan 75% dari mesin.

Semalam nurse () ada cakap, kalau dia OK () atau macam tu je perkembangan dia tak ada peningkatan, Arterial Switch Operation mungkin akan terus dibuat.



Isnin 13 Disember 2004
Jam 20:34:49 MYT GMT+8 Hari Ke-11 di PICU & Hari Ke-16 di IJN.
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Petang ni Naqiuddin berjaga sepanjang abah dia ada disisi. Nak menyembang kut. Tapi tak boleh sebab mulut masih sumbat dengan salur oksigen. Sampai Naqiuddin tidur baru abah & ibunya balik.

Luka operation dah kering dan plaster pun dah dibuka. Cuma Naqiuddin kejap demam () kejap OK (). Setakat 7 malam tadi Naqiuddin sihat. Suhu 36.4 C.

Bantuan oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 75% bantuan. Heart Rate dia masih seperti semalam 155-165 per minit. SpO2 pun antara 75-85%.

Moga kau cepat sembuh anakku. Amin () Ya ALLAH ().. .

Thank kepada kawan Noraini (Kawan lama di ITP UTM - Kak Ina & Rakan) kerana datang melawat.



Isnin 13 Disember 2004
Jam 08:22:46 MYT GMT+8 Tak Tau Bila Nak Masuk Wad Semula
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Semalam terakhir lawat Naqiuddin jam 6:30 petang. Masih di PICU. Penat betul semalam. Hari Ahad pun kebanyakan jalan kat KL jem teruk. Semua nak pulun habiskan Open House kot.

Pagi Naqiuddin tak demam (), datang petang Naqiuddin demam () balik. Suhu 37.6 C. Heart Rate dengan Oksigen lebih kurang je dengan hari-hari sebelum tu. Naik turun. Pagi saluran untuk buang darah kotor yang dimasukkan kat bahagian dada dah dibuang. Dia jaga. Baru dia dapat tengok abah dia hari ni. Sebelum ni masa abah dia lawat, tak pernah jaga.

Hari ni Naqiuddin kena x-ray lagi. Ntah berapa juta sel dah mati ntah.

Petang Dr ()Martin ada tengok X-ray tu. Dia kata tak ada perkembangan dan kuman dalam paru-paru Naqiuddin degil tak nak mati. Udah kata ada kuman pulak. Hari tu Dr ()lain kata tak ada kuman. Ntah le tak paham..



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2013
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net