| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan? Siapa Afiq?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
02/08/2014 
Imsak
Subuh
Syuruk
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak

Perak FA 2014





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Ahad 19 Disember 2004
Jam 20:29:51 MYT GMT+8 Hari Ke-2 Selepas Pembedahan Ke-2
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Mula-mula nak ucapkan tahniah kepada Bonda Hajjah Supiatun Binti Sidek, Embah Wedok (Nenek) kepada Naqiuddin kerana menerima anugerah Ibu Mithali Daerah Hilir Perak yang diterima di Sek. Men. Seri Perak Teluk Intan petang tadi. Kami bangga menjadi anak menantu & cucu dan bagi kami bonda sentiasa menjadi ibu mithali dari dahulu sampai bila-bila. Untuk mengenali Bonda Hajah Supiatun, boleh ke http://hjzailani.net

Hari kedua selepas "Arterial Switch Operation". Naqiuddin dah mula diberikan susu hari ini (guna tiub) dan bengkak-bengkak di muka, badan, tangan dan kaki pun dah semakin susut.

Banyak kali dia sedar hari ni. Dr ()pun pelik. Punya la banyak ubat nurse ()? bagi, Naqiuddin nak jaga juga. Dah tak sabar agaknya dia nak sihat. Dah ler dia yang paling sihat (berisi) kat PICU ni. nurse ()? kat situ pun geram tengok dia. Sebab, biasanya (semua) baby yang ada masalah jantung kat PICU IJN tu semuanya kurang berisi.

Bantuan oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 50%. Dan Oksigen Naqiuddin kekal 100%. Degupan jantung (Heart Rate) masih seperti semalam. 135-140 per minit.

Terima Kasih kepada Yob Saniz dan Isteri serta anak kerana datang melawat hari ini.



Sabtu 18 Disember 2004
Jam 21:52:15 MYT GMT+8 Naqiuddin Semakin Stabil
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Hari pertama selepas Pembedahan "Arterial Switch".

Alhamdulillah. Naqiuddin dah semakin stabil. Baru dapat tengok Oksigen Naqiuddin capai tahap 100% dari semalam sampai hari ni. Kalau turun pun setakat 98-99%. Tapi masih dengan 75-80% bantuan oksigen dari mesin. Heart Rate sekitar 135-140. Suhu badan terakhir petang tadi 35.5 C.

Dada Naqiuddin baru dijahit pagi tadi setelah bengkak-bengkak dibadan dah susut. Biasanya bila dah dijahit, memang dah tak ada masalah InsyaALLAH ().

Jam 6:30 petang tadi, nurse () kata Naqiuddin dah nak cuba-cuba buka mata (dah sedar) tapi nurse () bagi ubat tidur supaya Naqiuddin tak rasa sakit.


Naqiuddin sekarang duduk di Cot H di PICU IJN. Sebelah tempat lama dia. Sebelum ni di Cot F.

Terima kasih mak ayah (mertua kamilz), tok, adik ipar Zan, Yati & Syafinaz kerana datang melawat hari ini. Jam 1 petang tadi baru boleh melawat. Semalam mereka tunggu kalau-kalau boleh lawat lepas operation. Tapi urusan tak selesai lagi. Mak abah Naqiuddin pun dapat jenguk sekejap pada masa-masa kecederaan (Waktu melawat dah nak abis).



Jumaat 17 Disember 2004
Jam 18:26:26 MYT GMT+8 Alhamdulillah Pembedahan Berjaya
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Syukur kehadrat ALLAH (). Jam 5 petang pembedahan selesai. Kini Naqiuddin sedang diuruskan di Pediatrik ICU. Dr ()Hamdan Leman kata tadi jantung Naqiuddin kuat. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menkan dari mana-mana.



Jumaat 17 Disember 2004
Jam 11:31:44 MYT GMT+8 Masuk operation theatre 11:20 pagi
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Jam 11:20 Naqiuddin masuk operation theatre setelah diberi ubat bius. Lewat sedikit kerana Dr ()Hamdan datang lewat kerana nenek isterinya meninggal malam tadi. Takziah diucapkan.



Jumaat 17 Disember 2004
Jam 10:50:23 MYT GMT+8 Hari "arterial switch operation"
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Jam 10:40 Naqiuddin belum lagi masuk bilik operation. Masih di PICU. Namun persiapan telah dilakukan dan pakaian untuk operation telah dipakaikan. Sudah mula berpuasa jam 4 pagi tadi. Operation akan ambil masa kira-kira 5-6 jam.



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


PrayForMH370


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Afiq®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2014
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net - www.afiq.org