Pagi tadi Naqiuddin hanya guna bantuan oksigen di hidung. Tetapi SpO2 tak stabil. Kejap naik kejap turun. Petang Kotak kaca dipasang semula. Pun begitu bacaan tak dapat capai tahap 95% keatas, Akhirnya bantuan saluran oksigen melalui mulut seperti yang digunakan sejak 3 minggu lalu dipasang semula dengan 45% bantuan mesin.
Petang tadi ada bercakap dengan Dr (). Tak tau nama doktor tu sapa. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni. Dia kata Naqiuddin tak biasa bernafas sendiri guna hidung lagi. Sebab lama sangat terima bantuan oksigen.
Doktor tu kata juga paru? Naqiuddin tak berapa bagus. Pening kepala aihh... kejab kata OK () kejap kata tak.
Ada sedikit kesilapan cerita tengahari tadi. Naqiuddin belum bernafas menggunakan udara persekitaran biasa lagi. Almaklumlah, tak datang tengok lagi. Cuma dapat info dari SMS ibunya. Selepas buka kotak kaca, dia masih guna salur oksigen. Tapi dekat hidung.
Tapi bila dia pakai kat hidung, SpO2 asyik turun je. Kadang? sampai bawah 50%, kadang? atas 90%. Mungkin belum biasa bernafas guna hidung.
Moga esok Naqiuddin semakin OK (). Petang tadi Embah lanang dan wedoknye (tok dan nenek) serta pak dek nye datang melawat. Sekarang mereka ada di rumah kami.
Naqiuddin dah bernafas menggunakan oksigen persekitaran udara biasa.
Kotak kaca yang menutupi kepalanya semalam dah dicabut. kalau macam ni gayanya, Esok atau lusa masuk wad dah le kot.
Pak Ngah dia yang nak bernikah Januari ni dan kawan? dia datang melawat sebentar tadi. TQ. Petang ni maybe Embah Lanang dan Wedok (Tok dan nenek) dan Pak Dek nye pulak datang melawat kot. Kalau tak hari ni Ahad kot. Sebab hari ni mereka nak memulakan perjalanan ke Batu Pahat Johor. Kenduri sepupu kahwin.
Saluran bantuan oksigen yang Naqiuddin pakai sampai ke anak tekak sejak 3 minggu lepas akhirnya dibuka hari ini kira-kira jam 4 petang. Kini kepalanya diletakkan dalam kiub kaca yang menerima bantuan oksigen dari luar. Alhamdulillah, nampaknya tanpa saluran bacaan oksigen Naqiuddin kekal sekitar 95%-100%.
Namun saluran yang masuk ke hidung dia (Untuk minum susu dan masuk ubat) belum ditanggalkan lagi. Bila dah nak masuk wad nanti dia tanggalkan ler.
Lepaih ni nunggu dua tiga hari juga la kot nak dengo suaranya keluar bila menangis. Maklumler, 3 minggu tanpa suara.
Syukur kepada ALLAH (). Moga cepat sembuh dan balik rumah. Boleh main guling? dengan abah.
Hari ni Naqiuddin banyak berjaga. Sebab pemberian ubat tidur dah diberhentikan.
nurse () kata ada juga cuba nak buka saluran oksigen Naqiuddin hari ni. Tapi Naqiuddin tak nak bernafas sendiri. Mungkin tak biasa, mana tak nya. Dah 3 minggu bernafas guna saluran oksigen tu.