| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Khamis 23/05/2013 
Imsak 05:30
Subuh 05:40
Syuruk 07:02
Zuhur 13:13
Asar 16:36
Maghrib 19:21
Isyak 20:35

Perak FA 2013





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Jumaat 31 Disember 2004
Jam 14:28:35 MYT GMT+8 Dah hisap susu sendiri
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Naqiuddin dah dibenarkan hisap susu sendiri guna mulut hari ni. Tak perlu dah guna tiub. Cuma sukatan masih kena ikut sukatan yang ditentukan. Tak boleh ler nak ikut sukatan yang biasa Naqiuddin minum. Biasanya sebelum operation dulu Naqiuddin minum 120 ml sekali minum. Tapi sekarang kena 60 ml je dan 3 jam sekali,

Darah dah check hari ni. OK (). dan saluran darah yang dicucuk kebadannya pun dah dicabut.

Benang jahitan hari tu pun dah dibuka separuh.

Alhamdulillah.




Khamis 30 Disember 2004
Jam 20:49:40 MYT GMT+8 Sebulan dua hari di IJN
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Baru balik jenguk Naqiuddin dan ibunya di IJN. Ikut kata nurse () tadi, esok Naqiuddin akan diambil darah untuk pastikan samada oksigen cukup dalam darah.

Kalau OK (), esok Naqiuddin akan masuk ke wad tanjung, wad masa dia menunggu hari untuk operation sebulan lepas. Bila dah kembali ke wad asal InsyaALLAh dia akan discharge. Sebab ikut prosedur kat sini, kat mana dia admitted kat situ le dia discharge.

Dikesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada sepupu Naqiuddin, Nor Atina Binti haji Mohd Nasir kerana mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tahniah.



Khamis 30 Disember 2004
Jam 15:35:32 MYT GMT+8 Naqiuddin Pindah Bilik
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Petang ni Naqiuddin pindah bilik lagi. Dah tak duduk dalam bilik HDU (12B-18). Sekarang dia diletakkan di Bilik 20, masih wad melur aras 5 IJN dan bacaan ECG Heart Rate dan SpO2 masih diambil.

Tadi pembantu Dr ()Hamdan (Dr ()dari Myanmar) ada kata. Kalau tak ada apa? masalah, maybe dalam 3,4 hari akan keluar.

Jumpa abah petang ni. Moga kau cepat sembuh anakku. Amin ()...

RENUNG SEJENAK - Suratan Atau Kebetulan

26 Dis 1932 gempabumi 7.6 Richter di China membunuh 70,000 nyawa.
26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa.
26 Dis 1996 ribut Greg di Keningau,Sabah meragut beratus nyawa.
26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa.
26 Dis 2004 gempabumi 9 Richter di Aceh yang menyebabkan Ombak Tsunami membunuh 100,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat..

Kenapa kebanyakan 26 Disember ? Apa yang umat manusia lakukan pada tarikh tersebut atau hari sebelumnya yang menyebabkan kemurkaan ALLAH ()? Renungkanlah.



Rabu 29 Disember 2004
Jam 20:34:44 MYT GMT+8 Di wad Melur
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib



29 Disember 2004, 7:00 malam Wad Melur 12B-18, Aras 5 IJN


Naqiuddin di wad melur hari ni. Walaupun di wad, segala urusan sama seperti di PICU. Cuma bezanya banyak ibunya yang kena buatkan. Kecuali bagi minum susu guna tiub. Semua bacaan ECG, RR, SpO2 dan sebagainya tetap diambil. Oksigen dibahagian luar hidung pun masih diberi.

Dr ()cakap maybe Naqiuddin lama sikit kat wad. Sebab kahak banyak. Lepas tu paru? ada kesan parut akibat lama sangat pakai saluran bantuan pernafasan.



Rabu 29 Disember 2004
Jam 12:39:22 MYT GMT+8 Masuk Ke Wad Setelah 26 Hari di PICU
Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib


Setelah 26 hari Naqiuddin tinggal di PICU IJN, akhirnya Naqiuddin dimasukkan semula ke wad biasa jam 12 tengahari tadi.

Naqiuddin kini duduk di WAD MELUR, Bilik HDU (High Dependency Unit) 12B, Tingkat 5 IJN bersama-sama ibunya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH (). .





Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2013
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net