Petang semalam dapat moto yang dibeli dua minggu lepas.
Start Isnin ni pergi kerja naik moto la (hari ni pakai kereta. ramai nak tumpang solat jumaat). Jimat tenaga. Mana nak tahan 2 hari lepas isi minyak penuh (Kancil 850) dah hampir RM 49.. seminggu isi sekali(Ulang alik kerja sahaja) sebulan dah dekat RM 200.. tol lagi ulang-alik kerja dah hampir 100. Kalau naik moto seminggu isi RM 5. sebulan baru RM 20. 10x ganda tu...
Penat tak hilang lagi. Baru tiba ke KL dari Negeri Darul Takzim +- jam 7 tadi.
Bertolak dari KL dengan Naqib dan ibunya ke rumah Mak Iti di Batu Pahat jam 1 petang semalam. Pukul 6 sampai rumah Mak Iti. Lepas Isyak ada kenduri tahlil untuk arwah sepupu yang meninggal bulan lalu dan untuk semua ahli keluarga.
Tapi sebelum tu ada majlis menyambut hari lahir pertama anak arwah, Mirra Nashihin Binti Abdul Rahim.
Lepas majlis selesai, Follow Abang Long & Famili kerumahnya di Bandar Seri Alam, Masai. +- jam 1 pagi sampai sana. Last pergi rumah abang long masa konvo Master tahun 2002. Sebelum kahwin lagi.
Jam 1:30 petang tadi bertolak dari Masai. Hantar anak buah, Tiqah (ikut abang long semalam) ke asrama UTM. Sambil-sambil tu tengok-tengok tempat study dan asrama zaman study kat UTM dulu. Jam 7 malam sampai Pandan Indah. Berhenti 2 kali kat Highway Machap & Ayer Keroh.
Hari ni hari kedua course IPv6 di MCMC Cyberjaya IPv6 ni.. pening kepala nak memaham.. jauh beno beza formatnya dengan IPv4. Kat Malaysia ni tak tau le IPv6 ni perlu sangat ke nak apply sekarang.. dah Habis ke IPv4 kat Malaysia ni... ramai sangat yang nak buat SmartHome dah kot.. sampai mesin basuh pun nak letak IP. Boleh basuh kain dari opis.
Hari ni dapat result Exam Undang? Kerajaan yang ambik bulan 4 lepas. Alhamdulillah.. lulus.. sekarang tinggal kursus induksi je la yang belum untuk sah jawatan.
Dah 10 bulan dah umur dia. Baru pandai merangkak. Tapi kalau naik walker dah gaya macam orang berlari. Makan pun dah macam?. Apa abah/ibu dia makan.. semua nak...
Berdasarkan pemerhatian Echo, paru-paru dah normal. So Dr ()Hasry cakap boleh hentikan 1 jenis ubat (Viagra). Tapi 2 lagi jenis ubat diteruskan dan satu daripadanya ditambah dos. Ada sikit kebocoran pada sambungan. So ubat-ubat tu diharap dapat membesarkan dan menutup kebocoran berkenaan. Moga ALLAH () menyembuhkan kebocoran tu.
Next appointment 6 bulan lagi. 21 Oktober 2005. Masa tu bulan puasa. Naqiuddin pun dah setahun lebih umurnya masa tu.