| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Sabtu 18/05/2013 
Imsak 05:30
Subuh 05:40
Syuruk 07:02
Zuhur 13:12
Asar 16:35
Maghrib 19:20
Isyak 20:34

Perak FA 2013





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Rabu 23 November 2005
Jam 10:24:42 MYT GMT+8 Naqib dah boleh melangkah


Semalam dapat SMS dari ibu Naqib Naqiuddin di Kedah. Tepat umur Naqiuddin setahun 2 bulan, Naqiuddin dah boleh melangkah 2-3 tapak... lepas ni jenuh le mengepung.. Alhamdulillah...

Naqiuddin masih di Kampung Kedah dengan ibunya sejak raya hari tu.. insyaALLAH () 30 hb ni balik semula ke KL...

Aku esok nak ke Kuching kursus sampai 26 hb ni.. so tak leh ambik cuti hujung minggu... Adik ipar Zahirin akan hantar mereka berdua 30 hb ni ke KL.. Zahirin pun nak ambik diploma dia di Politech Shah Alam...





Jumaat 21 Oktober 2005
Jam 14:19:59 MYT GMT+8 Naqiuddin Stop Makan Ubat


Sebelum tu Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh Muslimin & Muslimat.. Jadikanlah Al-Quran petunjuk sepanjang zaman...

Pagi tadi Check Up Naqiuddin untuk kali ke-4 di IJN selepas Operation Disember lepas.. Bacaan ECG dan Echo menurut kata Doktor sudah normal & baik.. Pengambilan ubat pun dah dihentikan.. So tak payah lah ambik ubat setiap 2 minggu sekali kat IJN lagi..

Appointment seterusnya setahun lagi... Tarikh Ulang Tahun Kelahiranya yang ke-2, 22 September 2006 nanti.

Semoga Naqiuddin semakin sihat ceria sentiasa dan dilindungi oleh ALLAH () yang maha Esa..

Amin ().. Alhamdulillah..



Khamis 20 Oktober 2005
Jam 22:47:18 MYT GMT+8 Takziah kepada PM


Takziah diucapkan kepada YAB Dato Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi sekeluarga keatas pemergian Alahyarhamah Datin Seri Hendon.

Semogo roh ALLAH ()yarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH () s.w.t

Alfatihah....






Selasa 04 Oktober 2005
Jam 22:23:59 MYT GMT+8 Ramadhan Tiba Lagi


Baru balik Terawikh malam pertama...

Bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam tiba lagi.. Bulan yang padanya ada banyak rahsia dan kelebihan. Bulan dimana ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tahun ni puasa kali ketiga setelah menamatkan zaman bujang. Tapi sampai anak dah umur setahun lebih baru dapat berpuasa dan berbuka puasa sama-sama (InsyaALLAH ()) dengan Ibu Naqib. Tahun pertama Ibu Naqib di Sarawak Kamilz di KL, tahun kedua Ibu Naqib dalam pantang pula... InsyaALLAH () tahun ni baru dapat berpuasa sama-sama.

Bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan, Bersedihlah atas pemergiannya dan bukan sebaliknya. Semoga semua amalan dilipat gandakan oleh ALLAH () s.w.t.



Ahad 11 September 2005
Jam 11:52:58 MYT GMT+8 Setahun di Perkhidmatan Awam


Rasanya baru je beberapa hari.. Sedar tak sedar Jumaat lepas dah genap setahun teman berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Hari ni dah 11 September. Emm.. ni tarikh yang menggemparkan dunia.. Tapi teman ingat tarikh ni roadtax kereta mati je.. So boleh renew esok. RM 30 je untu kerete bawah 1000cc

Setahun di sektor kerajaan, bermakna dekat setahun lah umur Ahmad Naqib Naqiuddin. Sebab seminggu lebih selepas lapor diri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Ahmad Naqib Naqiuddin pun lahir.

Waktu tu lah waktu yang benar-benar teman bersyukur. Teman dapat gunakan GL kerajaan untuk bayaran kelahiran di Hospital dan seterusnya untuk operation Naqib di IJN.

Katakan teman tak berkhidmat di Sektor Awam dan bekerja kat 2 company yang tak bayar gaji teman berbulan-bulan sebelum ni, silap-silap hari bulan teman masuk rancangan BersamaMU Tv3 :-| .

Sesungguhnya Rezeki setiap makhluk-NYA memang sudah tertulis sejak azali lagi.





Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2013
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net