|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Semalam aku start bertugas di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA)

Kat sini aku diletakkan di Sektor Komunikasi.
Hasil dari rombakan semula kabinet April lepas, Sektor ni telah dimasukkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). So bertukar kementerian lagi la aku.

Dan berita yang agak kurang menyenangkan, sektor ni akan berpindah ke Maju Junction, KL. Tak tau lagi nak pergi kerja naik apa. ERL-KOMUTER-MONOREL atau naik moto la. Naik Kereta Impossible la hari² nak merempuh jem di KL dari Salak Tinggi ke KL.
------
NAQIA
Hari ni umur Naqia mencecah 2 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Tak lama lagi +- 3 bulan, Naqia pun akan menjadi Kakak. InsyaALLAH ( ).

------
PERAK NEGERIKU
Semakin berserabut politik negeri aku ni. Semalam mahkamah tinggi isytiharkan Dato Seri Mohd Nizar masih MB Perak yang sah.

Ya ALLAH ( )! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Abu Hurairah r.a. berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallALLAH ( )u 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

30 tahun, 8 bulan, 11 hari yang lalu, bonda yang ku panggil Emak dan paling aku sayangi didunia ni berjuang untuk melahirkan aku. Hajjah Supiatun Binti Haji Sidek, setelah lebih 9 bulan mengandungkan aku, melalui Ramadhan 1398 hijrah dengan usia ku di kandungan mencecah 9 bulan dan terus membesarkanku sehinggalah ke saat ini, terlalu banyak pengorbanan yang memang tidak berbalas.
Tidak jemu men kan kejayaan dan kebahagian anak-anaknya...

Disempena hari Ibu sedunia ini, hanya ucapan Selamat Hari Ibu yang ku mampu berikan.
Moga emak sentiasa dipermudahkan oleh yang Maha Qalil dalam menjalani hidup seharian. Apunilah dosa-dosa anakmu ini... Terima Kasih Emak.


----
Juga kepada Ibu Mertuaku Hajjah Azizah Binti Hashim, Selamat Hari IBU.
----
Juga kepada Isteriku, Noraini Romlie, yang kini menjadi Ibu kepada Sepasang anakku dan bakal menjadi Ibu kepada 3 orang cahaya mata Ogos ini InsyaALLAH ( ), Selamat Hari Ibu....

Petang tadi 8 Mei 2009, genap 4 tahun 8 bulan aku berkhidmat di KPPK sejak 9 September 2004.
So petang tadi sempatla aku merakamkan aktiviti punch out aku yang terakhir di KPPK ni.. Ala-ala macam PM last day hari tu pulak 
Tengokla, last day pun balik lambat juga... lepas punch tu masuk opis balik.. ada kerja lagi yang nak diselesaikan....


Hari ni secara rasmi merupakan hari terakhir aku di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni. Isnin ni kena lapor diri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tapi aku akan tangguh sampai 10 Mei sebelum bertugas kat sana.

Alhamdulillah, ada hadiah yang aku berikan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPPK sebelum aku pergi ni.
Setelah kira-kira 9 bulan aku mengetuai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC - Skuad MedICT) yang ahlinya terdiri dari staff TMK ni, hari ni merupakan Hari Pertandingan / Konvension ICC KPPK.

Setelah diundi sebagai kumpulan pertama membuat persembahan hari ini dan bertanding dengan 5 kumpulan yang lain, keputusanyang diumumkan sebentar tadi menyebelahi kami.
Kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang mendapat Tempat Pertama. Dapatlah kami menerima Piala Pusingan, Piala, Sijil Penyertaan dan Voucher Carrefour RM 500 (Dapatlah seorang RM 50)

Lama betul aku tak menulis kat sini. Nak kata sibuk sangat sampai tak sempart surf Internet tak juga sebab kerja aku hari² memang perlu surf Internet.
Berita Sedih.
Dapat SMS dari Kakak. SMS 9 malam tadi. Tapi dapat SMS kira² jam 2 petang tadi. Apa kena Celcom ni.... Lewat dah dapat berita ni. Rabu lepas kira² jam 3-4 pagi bumbung bumbung rumah salah sebuah bilik (Bilik kulon - bilik zaman bujang dulu) terbang kena ribut. Salah aku juga. lama tak telefon emak. So tak tau berita.
Baru kejap tadi call emak. Bumbung terbang menyebabkan 3 bilik basah bila hujan. Reban ayam mak pun tumbang juga. InsyaALLAH ( ) kami adik beradik akan membantu mak & bapak untuk memperbetulkan bumbung rumah tu.
Berita Gembira
Alhamdulillah. Hari ni dapat surat penempatan Pemangkuan Gred F44. Hari Isnin 4 Mei 2009 aku kena lapor diri ke kementerian lain. Aku dapat ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Kompleks E Putrajaya. Satu Kompleks dengan Abg Hanif di Kementerian Kesihatan.
So setelah aku berkhidmat kira² 4 tahun 8 bulan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni, terpaksa la aku melepaskan beban kerja aku kat sini ke kawan² lain di KPPK sebelum dapat pengganti aku. Terima kasih semua 
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|