| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan? Siapa Afiq?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
26/10/2014 
Imsak
Subuh
Syuruk
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak

Perak FA 2014





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Khamis 18 Jun 2009
Jam 12:18:33 MYT GMT+8 Hari terakhir di Korea
Kategori: Luar Negara


17 Jun 2009



Hari ini aktiviti start 9.30 pagi. Mula dengan mengisi evaluation form dan majlis penutup dan penyampaian sijil.



Majlis sampai pukul 11. Checkout 1.30 petang pergi ke Airport dengan peserta Thailand & seorang daripada urusetia naik airport limousine bus pukul 2.00. Pukul 3.00 sampai Incheon Airport. Check-in untuk flight KE 761 Korean Air.


Bersama Peserta Laos dan Tony Kang urusetia...



5:20 pm berlepas (4.20 Malaysia). 10.10 pm (MY) landing di KLIA.







11.30 sampai rumah. Ain dan anak2 ambik.



Rabu 17 Jun 2009
Jam 01:48:51 MYT GMT+8 Hari Kelapan Di Korea
Kategori: Luar Negara


16 Jun 2009

Hari ni aktiviti di luar hotel. Pukul 9 bertolak ke Icheon, lebih kurang sejam setengah perjalanan. Icheon & Incheon tempat berbeza. Incheon tempat Airport Seoul. Icheon ni kawasan pedalaman. Kebanyakan penduduknya petani.



Pagi pergi ke Satellite Radio Monitoring Center.





Lepas tu sebelum lunch singgah dulu ke SeoilFarm. Ladang pemeraman makanan..





Lepas lunch pergi ke Radio Research Agency.



Balik semula ke Seoul. Ke TechnoMart. Tempat jualan barangan elektrik/kamera/handphone/komputer dan lain-lain. Macam Low Yat, atau Mines.. Tapi kat Malaysia lagi murah rasanya.. cuma kat sini teknologi/brand baru la terutama brand Korea.



Lepas tu makan malam di Itaewon. Lepas makan, yang lain pergi bergembira masuk Pub.. aku bergembira pergi ke Masjid Seoul..



Balik 11 malam sampai hotel.


Speed limit Highway hari ni aku jumpa 110 km/j.

Nak berkemas ni. Esok balik Malaysia dah.. Flight 4:55 petang waktu tempatan (3.55 petang Malaysia). Dijangka sampai KLIA 10.20 malam.

Jumpa lagi di Malaysia..



Isnin 15 Jun 2009
Jam 21:25:36 MYT GMT+8 Hari Ketujuh Di Korea
Kategori: Luar Negara


15 Jun 2009



Sepanjang hari ni aktiviti di Hotel. Sesi pagi adalah Country Presentation oleh 11 negara yang ada. Aku giliran ke-6. Presentation ni sepatutnya ambil masa 10 minit untuk present. Aku rasa aku sorang yang dapat tepat 10 minit & Thai kurang 10 minit. Yang lain semua boleh katakan over sampai ada yg 1/2 jam.. boringnya...



Mula²aku ingat English aku paling teruk. Al maklumla tak pernah gi oversea. Belajar BI Cuma kat SK, SMA & UTM je... Rupanya boleh katakan aku nye BI antara yg OK () (Riaknya) berbanding negara lain termasuk eropah macam Mongolia, Vietnam, Argentina, Peru & Paraguay. Lain²negara tu OK () la BI dia lebih kurang aku. Filifina & Laos je yg boleh kata baik BI diorang...

Sama juga dgn orang Korea.. kalau kemana²memang susah nak communicate dgn diorang.. Kebanyakan fobia dengan English... tak faham & reti cakap.. tapi kenapa negara²yg tak pandai English ni maju ye...?



Sepanjang petang seminar... Tengok nama bilik seminar ni.. MERAK.. tapi bukan burung merak. Tapi nama bintang dalam buruj...



Tinggal dua hari lagi aku kat Korea ni... Jumpa lagi...



Ahad 14 Jun 2009
Jam 19:18:44 MYT GMT+8 Hari Keenam Di Korea
Kategori: Luar Negara


14 Jun 2009

Hari ni Ahad hari cuti. Pukul 12.30 baru aku keluar hotel.



Cuaca cerah dengan suhu 24.0° celcius. Aku menuju ke Stesen Subway Sinsa. Menapak lebih kurang 10-15 minit. Aku nak menuju ke Itaewon. Tempat makan malam semalam.



Naik dua lane (Land 3 & 6 - 1,000 won) transfer di Yaksu. Terus menuju ke Seoul Central Masjid. Kira²300 meter dari Stesen Itaewon.



Sepanjang jalan ke Masjid tu kebanyakan kedai²dan restoran²Halal.. Kedai Buku Islam.. Kat kedai?tu ada la produk²Made In Malaysia yang ada logo Halal Malaysia.





Masjid Seoul ni agak besar juga. Tengok kat masjid tu macam ramai orang Pakistan. Tak pasti sama ada musafir atau memang menetap kat situ. Rasanya menetap, sebab nampak diorang basuh periuk²besar macam nak masak.







Lepas solat Zuhur & Asar kat Masjid tu, aku pergi ke Restoran Uzbekistan. Order Grilled Meat & Potato (10,000 won) & Samsa 3,000 won. (Samosa rasanya kalau kat Malaysia tapi besar). 13,000 won untuk makan tengahari. Lebih kurang RM 40 tu... Kat sini sekali makan memang lebih kurang macam tu nilai dia.






Samsa/Samosa

Lepas makan aku pergi tempat semalam juga Insadong. Naik 2 lane Subway (6 & 3 - 1,000 won transfer di Yaksu) sampai ke Anguk Station. Jalan-jalan kat situ. Sebab ramai foreigner kat situ. Macam tu juga Itaewon. Tapi sepanjang aku kat sini tak jumpa la pulak rakyat Malaysia. Kalau Indonesia 2-3 kali juga aku jumpa.

Penat jalan aku balik ke hotel. Naik 2 lane (3 & 7 - 1,100 won) dari Anguk ke Gangnan-gu Office (interchange di Express Bus Terminal). 6.30 sampai Hotel.

Kat sini naik Subway kena bayar tambahan deposit 500 won. Kalau tiket harga 1,000 kena bayar 1,500 won. Bila dah sampai masukkan semula tiket ke Deposit Refund Device untuk dapatkan balik 500 won.






Hotel tempat tinggal aku. Dulu dikenali sebagai Amiga.

Semalam SMS Ain guna Yahoo Messeger. Naqia kena demam () campak... Pagi tadi SMS dah balik BBST, Sepang. Ein hantar. Naqia masih kena campak & menggaru je.. Naqib pulak kene gigit tungau...

Esok pagi nak present Country Report.. so nak prepare sikit ni.. Jumpa lagi..



Ahad 14 Jun 2009
Jam 00:38:16 MYT GMT+8 Hari Kelima di Korea
Kategori: Luar Negara



13 Jun 2009

Hari Sabtu, sepanjang hari di bawa berjalan. 8.30 pagi bertolak. Tempat² yang dikunjungi hari ni.



Istana President Korea (Kat luar je). Macam Istana Negara la ni.


Berlatarbelakaangkan Istana Presiden



Gyeaong Bok Gung – Pusat Pemerintahan, Politik, Ekonomi & kebudayaan Korea yang dibina pada tahun 1395.


Opening Ceremorny di Gyeaong Bok Gung



Lepas tu ke Insadong. Tempat ni lebih kurang Petaling Street la. Macam² souvenir kat sini. Kat sini diorang kata murah la.. Tapi nak banding dengan harga kat Malaysia lagi murah.


Salah sorang Urusetia Korea. Yang minat cerita Korea tu, ade handsome macam pelakon Korea ke?


Ejaan nama aku dalam tulisan Korea.
­

Tempat lepas tu aku tak ingat nama dia. Ada pameran tentang perang Korea kat atas. Kat bawah dia sungai (Longkang besar). Tapi air dia jernih & sejuk... Tak macam sungai/longkang² kat Malaysia...

Lepas tu ke Yongsan (Electronic City). Kat sini tempat paling murah nak dapatkan barangan elektronik (komputer, kamera, phon, kipas, lampu dsb) kat Korea ni.. Tapi kat Lowyat Plaza kat KL lagi murah rasanya.. Walau produk Korea Samsung & LG. Handphone kat sini berbeza dari Malaysia. Tak boleh pakai kat Malaysia. Kita guna GSM (Guna Sim Card). Korea Guna CDMA. Macam tu la juga sebaliknya..

Lepas tu ke Nam Dae Mun Market. Macam kat Nilai 3. Tapi sesak. Macam Pasar Malam. Barang yang di jual macam nilai 3 la.. atau Rantau Panjang.. Murah².. (untuk orang sini la). Tapi still mahal bagi orang Malaysia.. Macamtula juga yang dibagitau oleh rakan² Asia Tenggara yg lain...

Aku jumpa kotak ni kat satu kedai. Tapi kedai tu tutup. Tak tau dia jual kat ttak Power Root ni. Tapi kat kotak tu memang ada tulis tulisan Korea. Ini le satu2nya produk Malaysia yang aku nampak kat sini.



Lepas tu pergi Itaewon untuk dinner. Baru la aku dapat makan kenyang kat Itaewon ni. Makan kat Dubai Restoran. Halal Restoran. Baru aku dapat makan ayam, daging. Selama ni jadi vegetarian je.. sama la dengan member dari Turki tu..



Kat Restoran ni ada sorang pekerja Korea cakap Melayu dgn aku. Dia pernah duduk kat Indonesia 11 tahun. Bapak dia kerja kat sana.

Restoran ni pemilik dia orang Iraq. Tadi aku terkejut orang Korea cakap Melayu dgn aku. Lepas tu orang Iraq tu pulak terkejut aku cakap arab dengan dia (padahal cuma cakap “Ana min Malazia” je.. hahahah)

Kat Itaewon ni ada Masjid. Pusat Islam Korea. Tapi tak sempat nak pergi. Ahad cuti, mungkin aku pergi sendiri ke sana. Naik subway.

Last hari ni pergi naik atas N Seoul Tower (Macam KL Tower la). Tapi tinggi lagi KL tower (walau aku tak pernah naik KL tower heheh)




Kat atas N Seoul Tower


Bersambung.



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


PrayForMH370


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Afiq®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2014
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net - www.afiq.org