
Assalamualaikum Kepada Semua Pengunjung Kamilz.COM yang beragama Islam.
Hari ini kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir Ramadhan bagi tahun 1431 h. Maghrib ini Ramadhan akan meninggalkan kita dan jatuhlah kewajiban kita untuk menunaikan ibadah Zakat Fitrah. Moga kita semua tidak alpa untuk menunaikan rukun Islam yang ke-4 itu.
Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI. Mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sama ada yang disedari atau tidak.
Semoga Ibadah Ramadhan yang kita tempuhi diterima olehNYA dan menjadikan kita terlepas dari siksaan api neraka.
شهر رمضان أوله رحمه و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار
"Bulan Ramadhan Permulaanya Rahmat, Pertengahannya Keampunan dan Penutupnya Terlepas Dari Neraka" - al-hadith
Semoga diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Hiasilah malam dan pagi 1 Syawal ini dengan takbir, takhmid dan tahlil.
SALAM AIDILFITRI
من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
KOMEN

Dari sidik :: Isnin 20 Sep 2010 00:03:37 MYT GMT+8 IP 203.82.92.3
tajuk e kok tahun ngarep

Dari Kamilz :: Rabu 22 Sep 2010 00:28:30 MYT GMT+8 IP 60.50.177.216
Heheh.. wes rak sabar arek tuek...

Dari Hjh Nor Aini :: Rabu 04 May 2011 11:51:46 MYT GMT+8 IP 175.138.140.56
Salam . Terjumpa blog ni nak ucap syabas di atas usaha semua keluarga
Asal usul keluarga saya dari sungai Sumun dan tengah mencari maklumat tentang lSheikh Marzuki Lubuk Pusiang. Sekiranya ada maklumat harap sudi sampaikan pada saya. tkasih

Dari kamilz :: Khamis 12 May 2011 23:56:19 MYT GMT+8 IP 60.48.189.6
Terima Kasih Hajjah kerana melawat blog kami..
Saya tak pasti pula tentang sheikh Marzuki... Tapi Kalau Haji Marzuki (Allahyarham) dulu imam di Sungai Manila...
Kalau Lubuk Pusing nanti balik Kg, tanya2 kat mak/ayah... mana tahu kenal..