| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan? Siapa Afiq?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Khamis 24/04/2014 
Imsak 05:37
Subuh 05:47
Syuruk 07:05
Zuhur 13:14
Asar 16:29
Maghrib 19:20
Isyak 20:31

Perak FA 2014





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Khamis 13 Mac 2014
Jam 13:23:11 MYT GMT+8 Hujung Minggu Yang Sayu
Kategori:


Awal pagi Sabtu 8 Mac 2014, kita rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari KL ke Beijing daripada radar. Sehingga hari ini, hari ke-6 masih belum dirungkai dimanakah hilangnya pesawat berkenaan.


Untuk rekod, aku juga pernah menaiki MH370 ke Beijing 3 tahun lepas, 18 May 2011.


http://kamilz.com/?laman=catatan&aksi=komen&no=221


beijing_boarding


Malamnya, setelah selesai latihan silat anakku Ahmad Naqib Naqiuddin & Nur Ainun Naqia bersama sepupunya Umar, di Surau Balai Islam Taman Ixora, jam 11.08 malam aku dapat Whatsapp message dari abangku Dr ()Hanif, mohon semua adik beradik membaca Yassin & berusaha untuk pulang segera kerana keadaan ayahanda yang membimbangkan. Aku hanya perasan mesej berkenaan 17 minit kemudian, 11.25 malam. Aku terus hubungi Kak Ramlah, kerana ayahanda berada dirumahya. Kak Ramlah maklumkan nafas ayahanda seperti telah terhenti namun badan masih panas.


Aku terus call adik aku (ayah Umar) yang tinggal setaman dengan aku ajak dia balik. Sedang bersiap-siap untuk balik dapat Whatsapp mesej dari Kak Ramlah jam 11.37 malam, memaklumkan ayahanda telah menemui Ilahi kira-kira jam 11.25..  ketika telefon Kak Ramlah tadi, sebenarnya ayahanda telah atau sedang diambang sakaratulmaut. Luluh hatiku membaca mesej Kak Ramlah..



ان لله وان اليه راجعون


Kali terkahir bertemu ayahanda ahad malam Isnin sebelumnya, setelah menguruskan ayahanda discharge dari Hospital Teluk Intan ke Rumah Kak Ramlah di Teluk Intan. Hari itu merupakan kali pertama dan terakhir aku mendukung ayahanda sepanjang hayatnya. Ketika aku memeluk ayahanda untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Sepang, ayahanda kelihatan sebak dan menarik nafas panjang.


dukung_ayahanda


Aku bertolak dari rumah Ixora kira-kira jam 12.15 malam. Konvoi bersama Sidik ke Bangi dahulu untuk mengambil keluarga abang Hanif. Sampai di Kampung Sungai Manila kira-kira jam 3.45 pagi, kerana jenazah ayahanda telah dibawa pulang ke Kampung kira-kira jam 1.45 pagi.


Sampai ke di Kampung aku memeluk Kak Ramlah dan kak Ramlah membisikkan jangan menangis, kerana Emak masih belum menangis lagi.  Aku terus menemui emak yang sedang baring. Peluk emak dan emak membisik redhakan & ikhlaskan ayah pergi. Biar bapak pergi dengan tenang dan tidak perlu menangis. Bapak pergi dengan baik dengan menyebut nama ALLAH () dihadapan emak, Abang Hanif, Kak Ramlah & Abang Sazahan.


Seorang demi seorang adik beradik aku sampai di Kampung. Kecuali abangku Najib yang tidak dapat pulang kerana ketika ayahanda menghembuskan nafas terakhir, beliau sedang dihadapan Kaabah menunaikan umrah yang diniatkan untuk ayahanda kira-kira sejam sebelumnya.


Setelah selesai solat subuh, emak meminta kami adik beradik segera memandikan jenazah ayahanda sebelum orang ramai datang ke rumah. Kami adik beradik bersama-sama memandikan jenazah. Beberapa minggu lalu aku terlepas peluang untuk menghadiri kursus pengendalian jenazah di Masjid kariahku kerana ada urusan lain. Hari ini aku secara langsung "berkursus" bersama emak dan adik beradik lain.


kafan


Selesai memandikan, orang-orang kampung, saudara mara, jiran tetangga datang satu persatu. Tatkala telah ramai tetamu yang hadir, barulah peralatan untuk mengkafankan sampai kira-kira jam 8:45 pagi. Abang Nasir (Suami Kakak) yang mencarinya di Sabak Bernam. Kami meminta tetamu yang hadir untuk mengosongkan dahulu ruang dalam rumah, untuk kami adik beradik dan keluarga menggafankan jenazah ayahanda. Urusan pengafanan dibantu dua orang Imam Masjid Sungai Manila yang juga bekas anak murid bapak, Haji Azhari dan Haji Hassan. Jam 9.12 pagi, jenazah ayahanda selesai dikafankan.


solat1


Setelah kami sekeluarga memberi kucupan terakhir kepada jenazah ayahanda, Abang Ismail (Anak ke-3) mengimamkan solat Jenazah untuk ahli keluarga didalam rumah. Kemudian disolatkan di Masjid yang diimamkan oleh Abang Hanif (Anak ke-7).


solat2


Jenazah ayahanda selamat dikebumikan kira-kira jam 10.30 pagi. Dan ditalkinkan oleh Imam Hassan bekas anak murid bapak yang aku panggil dengan Kang Hassan (Abang Hassan). Arwah anaknya adalah sebaya aku dan menjadi teman rapat semasa kecil dahulu. Surat terakhir arwah anak Kang Hassan (Rahman) yang diutus kepada aku semasa sekolah menengah dahulu masih ada dalam simpanan aku. Kang Hassan juga setiap kali bertemu aku akan bercakap teringat arwah anaknya Rahman setiap kali nampak aku.


kubur2


kubur3


Alhamdulillah, ramai penduduk kampung, jiran tetangga dan sanak saudara yang datang menkan kesejahteraan roh ayahanda.


kubur


Bapakku.... Terima Kasih atas didikanmu kepadaku adik beradik sejak kami kecil.. In Sya ALLAH (), aku berusaha untuk menkan kesejahteraanmu sekurang-kurangnya 5 kali sehari agar ayahanda tenang di sana.. maafkan atas segala dosa-dosaku...



اللهم اغفر لى ولوالدى وأرحمهما كما ربيانى صغيرا


"Ya ALLAH (), Ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku dan mengasihaniku sejak aku kecil"


"Ya ALLAH (), Kau ketemukan dan berikanlah sesuatu yang terbaik kepada pesawat MH370 dan keseluruhan penumpangya yang hilang sejak Sabtu"


Cerita versi Kakak: http://makbonda61.blogspot.com/2014/03/bapak-siri-syahdu.html


prayformh370


#PrayForMH370, #DoaUntukMH370






Selasa 12 November 2013
Jam 15:56:49 MYT GMT+8 Alhamdulillah: Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil
Kategori: Ayahanda,


Syukur Alhamdulillah atas kurnian ALLAH () s.w.t.

 

Alhamdulillah Rabu lepas aku dan Isteri dikurniakan lagi cahaya mata ke-4 yang merupakan putera ke-3 kami.

 

Isteri Noraini selamat melahirkan menjelang waktu Zuhur pada jam 12.51 tengahari pada Rabu 6 November 2013 bersamaan hari ke-2 tahun baru hijrah 1435 di Hospital Putrajaya secara pembedahan dengan berat 2.68 kg.

afiq_justborn

Kami ke Hospital untuk daftar masuk wad sehari sebelum kira-kira jam 9.00 malam setelah menerima panggilan dari Hospital jam 7.30 malam. Petang tu kami dah pergi tapi wad penuh. Jam 11.30 pagi keesokannya baru Noraini dibawa ke bilik pembedahan. Sebelum solat Jumaat 8 November 2013 ibu dan baby dibenarkan untuk "discharge" & selamat kembali kerumah ketika azan pertama berkumandang.

afiq_day6_02

 

afiq_day6_01

Selepas Solat Jumaat aku ke Klinik Kesihatan Salak untuk lapor kelahiran. Esok nurse () datang melawat dan baby ada sikit kuning. Ahad & pagi Isnin nurse () datang lagi, hari isnin tu juga nurse () suruh bawa ke Klinik Salak untuk ambil darah. Bacaan darah 152 masih di tahap normal, dan Dr ()minta bawa semula ke Klinik jika nurse () yang datang melawat minta datang semula. Hari ini nurse () datang lagi dan masih ada sikit kuning & mungkin esok diminta pergi semula ke klinik untuk check darah.

afiq_01

Petang semalam, aku daftarkan nama anak di JPN, Bandar Baru Salak Tinggi dengan nama Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Akmal adalah cadangan nama dari abang sulungnya Ahmad Naqib Naqiuddin.

Semoga kau membesar dengan limpahan Rahman & Rahimnya dan menjadi anak yang Soleh... Aamiinnnn..

 

http://afiq.org



Khamis 02 Mei 2013


ٱلْفَتَّاحُ ٱلْعَلِيمُ


Dialah Yang Maha Memberi Keputusan Dan Maha Mengetahui


 

“Katakanlah: “Rabb kita akan mengumpulkan kita semua, kemudian Dia memberi keputusan antara kita dengan benar. Dan Dia-lah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui”
(Sabaa’:26).

“Pengetahuan Rabb kami meliputi segala sesuatu. Kepada ALLAH () sajalah kami bertawakkal. Ya Rabb kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya”
(al-A’raaf:89).

 

Seperti sedia maklum, Ahad ini Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan membuat keputusan berkenaan pilihan masing-masing bagi menentukan pemimpin yang akan mengemudi negara bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.

Walaupun mungkin pilihan telah tersemat di sanubari masing-masing dan merasakan itulah pilihan tepat dan terbaik, atau masih terkeliru dengan siapa yang bakal dipilih, kembalilah merujuk kepada-NYA, agar pilihan kita tepat kerana DIALAH  Al-Fattah dan Al-'Alim...

Marilah bermula malam ini selama 3 malam berturut-turut, kita tunaikan solat sunat istikharah dan solat hajat, agar diberi petunjuk olehNYA untuk membuat pilihan yang paling tepat.

 

Selamat Memilih Daripada KamilzDotCom

Doa Solat Istikharah

 





Selasa 22 Januari 2013
Jam 23:19:20 MYT GMT+8 Hari Kedua: Tokyo Jepun
Kategori: Luar Negara


Pagi ni 9.15 tepat berkumpul kat Lobi. Mr Namoto & Ms Fujimoto tunggu. Ada 10 peserta semuanya. Afganistan, Bhutan, China, Maldives, Nepal, Sri Lanka, Solomon Island, Thailand, Vietnam & aku Malaysia.



Hari pertama kami di bawa ke Kementerian Dalam Negeri & Komunikasi Jepun (MIC). Naik train dari stesen Shinjuku ke Kasumigasaki. Di stesen Kasumigasaki tu lah terletaknya bangunan-bangunan Kerajaan. Kami di bawa ke tingkat 10 untuk sesi berkenalan pagi ini dan sesi pemberian elaun harian ;-).

Sesi berkenalan diketuai oleh Mr Fuseda. Pengarah di MIC.



Sesi petang adalah pembentangan Country Report oleh semua negara terlibat.

Selesai program balik ke hotel. Dan malam aku & peserta dari Afganistan, Bhutan, Nepal, Maldives & Solomon berjalan di sekitar Shinjuku. Singgah di pasaraya elektronik LABI & Bic Camera... Banyak barangan elektronik / komputer / kamera yang harga jauh lebih murah berbanding Malaysia. Ya la.. product brand Jepun (tapi banyak made in China)








Isnin 21 Januari 2013
Jam 23:45:41 MYT GMT+8 Meninggalkan Malaysia Lagi: Hari Pertama: Tokyo Jepun
Kategori: Luar Negara


Semenjak aku masuk kementerian sekarang ni 2009, ini kali ke-4 aku tinggalkan Malaysia. 2009-Seoul, 2010-Shenzen & Hongkong, 2011-Beijing kali ni ke Tokyo pulak... 2012 je tak ke mana. Nak ke Bangkok tapi tak jadi.



Pagi ke Airport Jiran hantar. Terima kasih Nik. Isteri & anak-anak sekolah. 11.00 pagi flight dari KLIA. Mendarat di Narita International Airport tepat jam 6.40 petang (5.40 waktu Malaysia) seperti dijadualkan. Memang ikut janji Jepun betul. Dah Isyak pun kat sini.

Setelah selesai segala urusan imegresen & kastam, kat luar Mr Fujikura tunggu. Terus bawa naik bas ke Shinjuku Washington Hotek. 7.20 naik bas, 8.50 sampai. Lebih kurang 80KM. Tiket harga 3,000 yen. Lebih kurang RM105. Tapi Mr Fuji dah belikan.



Sampai checkin dan terus berkurung kat bilik.. Nak keluar badan masih terkejut dengan kesejukan cuaca.. lebih kurang 3 darjah celcius malam ni.

  

Esok perlu turun lobi 9.15 waktu tempatan untuk mulakan hari pertama kursus.



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


PrayForMH370


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Afiq®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2014
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net - www.afiq.org